Semasa

Dikatakan Kerap Menipu Golongan Warga Emas, Dr Rafidah Pesan Kat Mawi Jgn Jadi Penunggang

Baru-baru ini kenyataan yang dimuat naik oleh Pakar Perunding Perubatan dan Pakar Nefrologi Hospital Putrajaya, Dr Rafidah Abdullah menjadi perhatian warga Twitter.

Menerusi entri itu, Dr Rafidah berkongsikan iklan produk minuman kesihatan yang membantu mengurangkan masalah buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan kolesterol yang dipromosikan oleh penyanyi dan pelakon, Mawi.

Sebelum ini, Mawi muncul dalam sebuah video berkongsi kelebihan sebuah jenama jus minuman yang boleh merawat penyakit buah pinggang dan masalah kronik lain.

Mawi juga turut berkongsi cerita pengalaman keluarganya yang mengamalkan jus minuman berkenaan berjaya kembali sihat dari penyakit dalaman.

Dalam satu Tweet lain, Dr Rafidah turut meminta para selebriti supaya memahami panduan dalam pengiklanan produk kesihatan terlebih dahulu.

Tak Payah Nak Tunggang

Leave a Reply