Semasa

Tidak Mahu Lagi Terus Terkepit, Sajat Umum Kembali Single, Punca ‘Ceraii’ Buat Ramai Terkejut

Sajat umum kembali solo

Usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman atau lebih dikenali sebagai Sajat mengumumkan dirinya sudah kembali solo selepas dua tahun bercinta dengan model dari Lubnan iaitu Jados.

Menerusi satu perkongsian di laman Instagram baru-baru ini, usahawan berusia 37 tahun itu memberi bayangan bahawa kehadirannya dalam perhubungan seolah-olah tidak dihargai oleh insan tersayang.

Sajat yang kini menetap di Australia berkata, seseorang yang memberikan kasih sayang dan mengambil berat hanya berakhir dengan kekecewaan apabila si dia langsung tidak peduli mengenai usaha tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata pengikut bersetuju dengan kata-kata Sajat.

Namun tidak kurang terdapat juga segelintir warganet yang memberi reaksi sinis atau sindiran terhadap usahawan berkenaan.

Sajat pun tau kecik hati..

Bukti lelaki memang setia..

Masih ada ruang tak..

Taktau nak kesian ke camne ni..

Sudah, cukup semua tu

Disebabkan situasi tersebut, dia menyifatkan cukup bagi meneruskan hubungan seperti itu selain melupakan sahaja apa telah berlaku sekali gus meneruskan kehidupan dalam mencari seseorang yang lebih memahami.

“Now no more word appreciate. Enough is enough. I’m single ready to mingle. Be yourself, but always your better self,” antara luahan yang dikongsi dengan turut meletakkan #singlelife (kehidupan solo).

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Sajat (@nursajatkamaruzzaman)

Posting berkenaan disertakan dengan video miliknya yang pernah tular sebelum ini memperlihatkan Sajat tidak melayan apabila ‘diganggu’ oleh seorang individu ketika keluar berseorangan di negara terbabit.

Sajat umum kembali solo

Sumber: Instagram Nur Sajat

Leave a Reply