Semasa

Datuk Yusof Haslam Hantar Puteri Sarah Utk Mngerjakan Umrah, Sekali Netizen Perasan Sesuatu Mengejutkan

Menunaikan Umrah

Puteri Sarah hari ini memuat naik perkongsian gambar berangkat mengerjakan ibadah umrah bersama dua anak-anaknya.

Menerusi gambar tersebut, hanya ibu dan bapa Syamsul iaitu Datuk Yusof Haslam dan Datin Fatimah Ismail kelihatan selain ahli keluarga Sarah hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

“Hati saya sangat lega sekarang ini kerana melepaskan beban selama empat tahun. Saya mahu ke umrah dengan tenang dan memberi tumpuan kepada ibadah,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah berkata dia akan berada di Tanah Suci selama 16 hari bersama keluarga sebelum sambung bercuti ke Istanbul, Turki.

“Orang yang mengerjakan haji dan umrah adalah tetamu agung kepada Allah SWT. Sekiranya mereka berdoa kepada Allah, nescaya Allah perkenankan doa mereka.

“Sekiranya mereka memohon keampunan-Nya nescaya Allah ampunkan mereka.Doakan Sarah mendapat umrah yang mabrur,” katanya.

Bagaimanapun, netizen perasan raut wajah Puteri Sarah tampak lebih tenang, seolah telah meningalkan segala urusan, dan tumpukan perhatian mengerjakan ibadah.

Terdahulu, kisah rumah tangga itu didakwa dilanda masalah menjadi perhatian ramai. Sarah juga mengakui sudah lama tidak tinggal sebumbung dengan suaminya.

Malah, Syamsul juga mengaku mereka sudah tidak tinggal sebumbung tetapi tidak bermaksud mahu bercerai.

Minggu lalu hangat diperkatakan apabila pelakon itu rumah tangganya diganggu oleh orang ketiga iaitu Ira Kaza sejak tiga tahun lalu.

Leave a Reply