Semasa

“Hauk, langsung tak best..” Lagu Raya Baru Kena Kecam, Siti Nurhaliza Tampil Pertahankan Masej

BAHARU dilancarkan Rabu lalu, lagu raya terbaharu Datuk Seri Siti Nurhaliza berjudul Lip Lap Raya menerima kritikan peminat-peminatnya apabila muzik video (MV) penyanyi tersohor itu dikatakan berkualiti rendah.

Terbuka menerima kritikan itu, Siti, 43, berkata, semua pihak berhak memberi pandangan masing-masing.

“Apa sahaja orang nak katakan saya sudah biasa sejak dari awal lagi.

“Itu adalah hak mereka untuk bercakap. Apa yang penting matlamat dan maksud lagu tersebut berjaya disampaikan,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, lagu raya terbaharu Siti, Lip Lap Raya ciptaan Ajay Mai, Glow Rush, Karim Karam dan Mike Chan dianggap tidak mencapai standard penyanyi nombor satu itu.

Malah, ada yang mendakwa konsep yang dipaparkan hampir sama dengan MV Oh My God nyanyian Adele.

“Hilang dah seri raya..”

“Terus tak jadi balik kampung..”

Sementara itu, mengulas tentang konsep MV, Siti berkata, Lip Lap memberi kelainan apabila tampil dengan konsep lebih elegan dan santai.

“Bila sebut hari raya orang dah biasa dengan suasana meriah seperti ketupat atau bunga api. Itu adalah kebiasaan.

Bagaimanapun saya suka dengan konsep yang ditampilkan kali ini kerana lebih elegan dan santai,” ujarnya.

Siti ditemui di majlis kempen Aeon Loves SimplySiti yang berlangsung di pasar raya Aeon Alpha Angle, Kuala Lumpur.

Antara reaksi peminat.

Dalam perkembangan lain, Siti bakal berangkat ke Tanah Suci Makkah bagi menunaikan ibadah umrah pada hujung Ramadan ini.

Selepas tiga tahun tidak ke sana, ini adalah peluang buat ibu kepada dua cahaya mata itu untuk melepas rindu beribadah dan berdoa di hadapan Kaabah.

“Sebab sudah tiga tahun tidak ke sana, jadi memang rindu untuk duduk dan berdoa di hadapan Kaabah.

“Pastinya saya mahu memohon kebaikan dari setiap sudut untuk diri saya, keluarga, anak-anak dan seluruh rakyat Malaysia,” jelasnya.

mStar

Leave a Reply