Semasa

‘Baik Tiikam je Saya..’ Tak Tahan Diri Dan Suami Terus Difittnah, Jasmin Hamid Rayu Segera..

‘Lebih baik tiikam saja saya daripada fiitnah sebegini’ – Jasmin Hamid

PELAKON Jasmin Hamid meminta netizen untuk tidak terus menabur fiitnah terhadap suaminya, Nazmir Abd Rahim yang diejek-ejek sebagai punca dirinya diserang sakit jantung dan dikejarkan ke hospital dan ditahan di wad CCU Selasa lalu.

Jasmin berkata, dia tidak pernah untuk mempedulikan komen-komen ‘jahat’ netizen sebelum ini.

“Pada yang tak putus panjatkan doa kepada Jasmin, kami ucapkan berbanyak terima kasih dan kembalikan doa-doa baik untuk kalian.

“Kepada yang berkata guna emosi saya serahkan kepada Allah,” katanya.

Terdahulu, Nazmir menerusi Instagram Jasmin memberitahu yang isterinya dimasukkan ke CCU akibat serangan jantung.

“Saya suami Jasmin nak beritahu keadaan terkini Jasmin.

“Sekarang dia berada di wad CCU, bukan ICU (Unit Rawatan Rapi) kerana serangan jantung semalam,” tulisnya dalam kemas kini tersebut, pada Rabu.

Nazmir, 36, menambah sejarah keluarga pelakon filem “Boss” dan “Kanta Serigala” itu juga ada masalah sakit jantung.

Katanya lagi, tekanan darah dan degupan jantung Jasmin berada pada tahap yang agak rendah.

Jelas Nazmir, doktor terpaksa memberikan bantuan ubat untuk mengepam aliran darah ke jantung Jasmin.

Sehubungan itu, dia memohon agar orang ramai mendoakan kesembuhan isterinya itu.

Pada Ogos 2019, Jasmin memaklumkan adik lelakinya dimasukkan ke ICU kerana mengalami serangan jantung.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jasminhamid (@jasminhamidjh)

Untuk rekod, selain Jasmin, adik lelaki Jasmin dan juga arwah ibunya juga mempunyai masalah jantung.

*Artikel asal disiarkan di Gempak

Leave a Reply