Semasa

Tanpa Segan Silu, Akhirnya Neelofa Dedahkan Juga Apa Sebenarnya yg Berlaku Antara Dia dan PU Riz

Pengacara serta usahawan berjaya, Neelofa mendedahkan dia mula jatuh cinta terhadap suaminya, Haris Mohd Ismail ketika menjadi imam Solat Tarawih di rumah keluarganya pada dua tahun yang lalu (2020).

“Cerita macam ni malu, cerita sikit-sikit saja. Okay cukup, ringkas, padat dan sampai.”

Untuk rekod, Neelofa dan PU Riz berkahwin pada Mac tahun lalu dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal, 3 bulan.

Mengulas lanjut topik popular itu ketika menghadiri program MeleTOP, Neelofa, 34, menyatakan dia tidak perasan pada awalnya dengan kewujudan duit 1000 Dirham.

Namun, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor bersyukur dengan rezeki yang diberikan kepada anak lelakinya itu.

“Kami tak perasan pun (1000 Dirham).. Waktu itu saya bagitahu nak buka akaun bank (masa buka sampul). Bila kira-kira alhamdulillah.

Yang datang pula kawan-kawan mak, saudara dari Kelantan dan Besut, Terengganu yang kirim. Rezeki si kecil itu (Bilal).”

Bercerita perasaan menyambut raya bersama Bilal buat kali pertama, usahawan terkenal ini akui gembira namun tetap ada perasaan risau memikirkan keadaan anak yang bertemu ramai orang.

“Semestinya alhamdulillah..rasa gembira. Tapi bila dah jadi mak ini, mesti fikir keadaan anak, dia lapar ke, nak tidur ke, dia selesa ke.. Masa makan pun mata melilau tengok anak. Sana sini orang pass (pegang) anak.”

Pada 1 Syawal lalu, buat pertama kali Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnyaMuhammad Haris Mohd Ismail berkongsi gambar keluarga di Instagram (IG). Bagaimanapun, pasangan itu masih kekal dengan pendirian untuk tidak mendedahkan wajah anak mereka.

Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac 2021. Pasangan itu dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu.

Sumber: MeleTOP

Leave a Reply