Semasa

Dah Jd Jutawan, Suami Tergamak ‘Tendang’ Istri Dari Syarikat yg Diusahakan Bersama Gara² Perkara Ini

Baru-baru ini, kecoh di media sosial apabila seorang usahawan Nur Amirah mendakwa namanya dibuang daripada syarikat sendiri oleh suaminya.

Mereka berusaha bersama di bawah jenama pakaian Elrah Exclusive sehingga mengundang simpati orang ramai.

Menurut warganet, tindakan tersebut disifatkan menganiaya wanita.

Apatah lagi pernah melalui susah senang bagi memperkukuhkan jenama berkenaan meskipun si suami tidak mempunyai apa-apa sebelum ini.

Nama usahawan ‘ditendang’ dari syarikat

Menerusi pemerhatian di media sosial Facebook, segelintir warganet menyatakan hasrat untuk memboikot perniagaan lelaki berusia 33 tahun itu susulan dakwaan ‘kejam’ dilakukan terhadap isterinya.

Mereka berpendapat, lelaki terbabit tergamak ‘menendang’ isterinya daripada perniagaan yang diusahakan bersama-sama selain mendakwa bersikap ‘tarik tali’ meskipun wanita itu sudah memfailkan permohonan cerai.

Nama usahawan ‘ditendang’ dari syarikat

Menerusi ciapan di laman Twitter pula, terdapat juga individu menyatakan hasrat sama supaya tidak membeli lagi jenama berkenaan.

Ini kerana ‘sakit hati’ apabila melihat pengorbanan usahawan wanita itu tidak dihargai oleh suaminya.

Terdahulu, beberapa pengguna Facebook memuat naik kompilasi video memaparkan luahan Nur Amirah atau mesra dipanggil Kak Migha menerusi IG Live sehingga mendapat belasan ribu perkongsian dalam kalangan warganet.

Sumber: Facebook , Twitter

Leave a Reply