Golongan wanita dan perhiasan emas memang tidak boleh dipisahkan.
Tapi perlu diingatkan bahawa penjenayah sentiasa mencari peluang untuk meragut, jadi bagaimana cara bagi mengelakkan diri daripada menjadi sasaran mereka?
Baru-baru ini, seorang wanita warga emas dirakam mengeluarkan sebelah tangannya yang mempunyai cincin dan gelang emas dari sebuah tingkap kereta sehingga menimbulkan kebimbangan warganet.
Seorang pengguna aplikasi TikTok, @nrlilyly berkongsi video kejadian itu memaparkan makcik tersebut duduk di tempat penumpang hadapan.
Ia seolah-olah seperti menunggu sesuatu sambil tangan kirinya di luar tingkap yang dibuka.
Video tersebut menerima hampir 277,00 tontonan dan akhirnya menerima padah.
Ia apabila ratusan komen netizen yang rata-rata mengecam dan menyifatkan tindakan itu sangat membahayakan nyawa sendiri.
Rakaman Video ada dj Bawah Sekali
Berdasarkan kapsyen video berdurasi lapan saat itu, @nrlilyly meminta makcik berkenaan berhati-hati kerana malang sememangnya tidak berbau sekali gus boleh mengundang penjenayah.
Malah, terdapat juga segelintir netizen menganggap mungkin gelang besar itu adalah palsu kerana makcik terbabit seolah-olah tiada kesedaran mengenai keselamatan dirinya.
Belanja pic.twitter.com/UkNB4BAtRD
— Kucing Meow (@ViralMalaysia7) May 31, 2022
Kalau emas palsu sekalipun, makcik tetap boleh jadi mangsa. Penjenayah tak fikir semua tu, asalkan dapat apa yang diinginkan! Jadi kenalah sentiasa berhati-hati.
Sumber: TikTok @nrlilyly