Tular rakaman video di laman sosial seorang lelaki menunggang motosikal tanpa berbaju di lebuh raya.
RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI
Menerusi video berdurasi kurang 30 saat dikongsi di laman Facebook, memaparkan seorang lelaki menunggang motosikal tanpa seurat benang.
Lelaki ini dilihat seolah-olah tidak menghiraukan pengguna jalan raya yang lain sebelum tindakannya dirakam oleh individu lain.
Menurut pemilik video, kejadian berlaku di Taman Perling, Johor Bahru. Menjengah ke ruangan komen, ada yang memberitahu lelaki tersebut melarikan diri setelah terlibat kes jenayah.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih lebih 300 perkongsian di Facebook.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ada yang mendakwa lelaki berkenaan berkemungkinan menghidap penyakit mental.
Selain itu ada juga yg mendakwa lelaki tersebut merupakan suspek kes pembunuhan anak kecil dan seorang wanita yg baru berlaku di Bakar Batu.
Antara komen dari kenalan :
Yang ramai cakap dia ambik barang, better jaga percakapan takut jatuh fitnah. Sekenal saya dari zaman sekolah, budak nya baik. Hormat org tua, tak nakal ambik barang. Bercinta dgn arwah bini dia dari form 4.
Bini dia saya kenal, tuan badan ni pun saya kenal. Lebih elok semua tunggu info selanjutnya dari keluar statement yg kurang menyenangkan.
Saya bukan backup ya, cuma saya tak sangka yg buat tu dia. Sunggu tak sangka langsung. Sebab baru chat dgn arwah bininya 3 hari lepas.
Org cakap dia stress dgn ekonomi dgn kewangan.
Tambah beliau lagi, wanita yg merupakan isteri kepada lelaki terebut ada berhubung dengannya berkenaan service make up.
“Yup. Tekanan perasaan. Saya chat arwah bininya sebab nak confirmkan pasal makeup. Bini dia nk gunakan servis makeup saya untuk bridesmaid bulan ni.
Dgr cite, tarikh tu diaorang nak sanding & buat cukur jambul. Sbb diaorang nikah je bulan 12 haritu”
“Baca info dia suspek bunuh isteri dan anak. Tp tengok video, dari cara bawa motor tak nampak mcm orang yg tengah larikan diri.. semoga dapat tangkap, mental teruk dia ni..” – Nabila
“kesian dia..kalau btol kes bunuh anak bini..tekanan hidup. ank bru lahir brg semua naik harga” – Akma
“Dia tekanan barangkali, maklumlah minyak naik harga telor pun sama ahh smua lah, gaji je tak naik² tekanan tau hdup dkt msia ni diuji dgn mcm² ” Annie
Info lanjut akan menyusul.
Tonton Video : SILA KLIK DI SINI
Sumber Facebook