Semasa

“Laki lak pakai ketat smp tonjol bird” Netizen Setuju Ustzh Asma Tegur Cikgu Sekolah

Guru merupakan insan yang penting dalam dunia pendidikan dan dipandang sebagai role model bagi para pelajar di sekolah.

Namun, kepentingan dalam menjaga penampilan di hadapan para pelajar juga merupakan perkara yang dipandang serius agar tidak keterlaluan terutamanya guru wanita.

Ujarnya lagi, cara pemakaian bukan sahaja dipandang sebagai tidak ‘elok’.

Malah ia boleh membuatkan para pelajar kurang fokus dari awal hingga habis sesi pembelajaran kerana terganggu melihat ‘perkara’ yang tidak sepatutnya.

“Pakaian guru perempuan kita hari ini macam model dengan pakai ketat, sendat, tudung pun sama.

Tudung singkat nampak jelas bahagian dadanya.

Kalau berjalan tu nampak pula bentuk pinggul punggungnya dengan bersolek sakannya.

Lepas tu kan saya beri ceramah pada anak-anak murid, saya baca komen-komen nakal pelajar lelaki.

Sekiranya pergi ceramah di sekolah menengah, anak murid mengatakan yang mereka terganggu.

Cikgu yang mengajar itu pula berpakaian menjolok mata.”

Dalam pada itu, Ustazah Asma’ menyatakan para guru perlu patuh dalam etika pemakaian yang mematuhi syariah Islam yang ditetapkan.

“Saya tak tahu bagaimana proses pendidikan itu dan saya rasa perlu ada Guru Besar, Cikgu yang bertegas dengan etika pemakaian guru.

Kadang-kadang ustazah pun seksi juga.

Minta maaf ya untuk para guru tapi etika pemakaian di sekolah perlu patuh syariah.”

Tonton Video Penuh di Ustazah Asma’ Harun

Leave a Reply