Semasa

Bayi Perempuan 1Thn yg Digigit Seluruh Badan oleh Ibunya Sendiri Kerana Kerap Menangis Akhirnya Mninggal

TELUK INTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia satu tahun meninggal dunia disyaki didera ibu kandungnya dalam kejadian pada Rabu, minggu lalu.

Kejadian itu disedari selepas kanak-kanak terbabit dihantar ke sebuah hospital swasta di sini oleh ibunya berusia 33 tahun dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan alasan kononnya mengalami sesak nafas.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri berkata, doktor yang menerima mangsa ketika itu mengesahkan bahawa kanak-kanak itu telah meninggal dunia.

Menurutnya, pemeriksaan awal ke atas tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan luka di bahagian keliling hidung, dagu, telinga dan belakang kepala.

“Terdapat juga kesan luka besar pada lengan kanan, jari kelingking dan telunjuk tangan kiri serta terdapat kesan luka koyakkan pada celah jari telunjuk dan jari hantu kiri.

“Daripada keterangan diberikan, wanita itu baru saja mengambil semula anaknya itu untuk dijaga pada Jun tahun lalu selepas diletakkan di bawah jagaan pengasuh sejak dua tahun lalu.

“Mangsa yang sentiasa menangis dan tidak selesa dengan ibu kandungnya menyebabkan wanita itu bertindak mendera hingga berlaku kematiannya,” katanya.

Ahmad Adnan berkata, wanita itu direman selama tujuh hari sehingga Khamis bagi siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.

Leave a Reply