Semasa

Selamat Bernikah Dlm Majlis Bernilai Lebih RM7 Juta, Rupanya Bukan Calang² lstri Hakiem Rusli

Penyanyi popular Haqiem Rusly, 24, selamat bernikah dengan pasangannya, Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 19, pada jam 3.40 petang, hari ini.

Dengan dua kali lafaz, Haqiem atau nama sebenarnya Ridzuan Haqiem Rusli sah bergelar suami kepada usahawan, Anis Sofea.

Kedua pasangan disatukan dalam upacara pernikahan serba ringkas bertempat di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah Cyberjaya.

Haqiem dan Anis Sofea dinikahkan oleh jurunikah Ustaz Zamzuri Ruslan, bersaksikan keluarga tercinta dan kenalan rapat pasangan.

Haqiem Rusly Selamat Bernikah, Diraikan Dalam

Pelantun lagu Tergantung Sepi menyerahkan mas kahwin sebanyak RM300, selain lima dulang hantaran berbalas lima dulang hantaran kepada isteri tercinta.

Dalam majlis Ijab dan Qabul, pasangan ini mengenakan busana indah dari pereka terkenal, Razman Razmi.

Majlis pernikahan itu diadakan secara tertutup mengikut prosedur operasi standard (SOP) penganjuran majlis perkahwinan dan sosial yang telah ditetapkan dalam tempoh Pelan Pemulihan Negara Fasa 4.

Haqiem Rusly Selamat Bernikah, Diraikan Dalam

Berkongsi rasa kesyukuran dan kegembiraan, pasangan Haqiem dan Sofea turut meraikan hari bahagia ini bersama 200 orang tetamu dalam majlis resepsi yang diadakan di skyGlass Cyberjaya.

Dekorasi majlis yang diberikan nama ‘The SOFEA’ ini berinspirasikan ‘Floral Garden’ persis taman di kayangan dalam rona pastel yang elegan dan mewah yang diilhamkan daripada minat Anis Sofea kepada fesyen dan drama Korea.

Kedua mempelai ini memilih cincin berlian ‘Hearts of Fire’ dari Habib Jewels yang merupakan berlian terbaik dunia.

Pasangan ini meragakan rekaan busana yang direka khas oleh pereka fesyen tersohor Rizman Ruzaini dalam rona putih berperincian mewah.

Majlis gemilang bak taman syurga yang menjelmakan keajaiban dan magikal ini dianggarkan lebih RM7 juta.

Terdahulu, Haqiem membuat pengumuman mengejut apabila memberitahu bahawa dia bakal bernikah pada 19 November ketika memberikan ucapan selepas memenangi anugerah bagi kategori Penyanyi Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABP34) pada Sabtu lalu.

Sumber: @aqoimran

Leave a Reply