Semasa

Terpalit Kontroversi Aksi Ghairah, Siti Harisa Kata Dia Langsung Tak Rasa Menyesal “Macam lawak pun ada..”

Hampir dua bulan berdiam diri selepas terpalit dengan kontroversi babak panas dalam drama Perempuan Itu, pelakon Siti Harisa berkata dia tidak menyesal dengan apa yang berlaku.

Memetik laporan Kosmo!, jika sebelum ini bilangan pengikutnya bawah 8,000 namun kini Hariesa sudah mempunyai 52,000 jumlah pengikut.

“Pada mulanya, saya rasa lawak apabila babak ini tular. Kemudiannya, barulah saya sedar beginilah perasaannya apabila diri ditularkan.

“Saya tidaklah menyesal kerana sebagai pelakon, saya kena profesional. Apa yang dilakukan atas tuntutan kerja, bukannya nak berseronok ataupun suka-suka,” katanya.

Dalam pada itu, Haries berjanji akan lebih berhati-hati dalam memilih watak serta menjadikan apa yang berlaku sebagai satu pengajaran.

“Insya-Allah, saya akan lebih teliti dalam menerima tawaran berlakon kerana ini adalah kali pertama saya ditularkan dan menerima kecaman hebat,” katanya.

Pada Mac lalu, hangat diperkatakan apabila pelakon Zul Ariffin memuat naik klip sedutan babak panas bersama Siti Hariesa sekaigus mengundang kecaman ramai.

Leave a Reply