Semasa

BN Menang Besar di PRN Melaka, Mas Ermiyatie Pula Kalah Bertanding

BN menang besar dalam pilihan raya negeri Melaka dengan majoriti lebih dua pertiga.

Pakatan Harapan (PH) dijangka hanya mengekalkan kira-kira separuh daripada 15 kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya umum 2018.

Setakat laporan ini ditulis, BN telah mendapat 19 kerusi, melebihi bilangan 18 yang diperlukan untuk majoriti dua pertiga.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi DUN.

Perikatan Nasional (PN) pula hanya mendapat dua kerusi, selain sebilangan besar calonnya dan juga calon sekutunya, PAS hilang wang pertaruhan.

PH pula baru menang di lima kerusi. Setakat ini empat kerusi disumbangkan oleh DAP dan satu lagi oleh Amanah. PKR belum mendapat sebarang kerusi.

Keputusan di Paya Rumput dan Pengkalan Baru belum diperoleh – yang sekarang ini sedang didahului BN.

PH mengaku kalah, faktor utama peratus keluar mengundi rendah

9.25 malam: PH mengaku kalah dan mengucapkan tahniah kepada BN atas kemenangan dalam PRN kali ini.

Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata antara faktor utama kekalahan mereka adalah jumlah keluar mengundi yang rendah.

“Dari awal kita sudah uar-uarkan kepada semua, peluang PH hanya terletak kepada (peratus) keluar mengundi melebihi 70 peratus,” katanya kepada pemberita di bilik gerakan utama PH.

Pemimpin PH juga berkata mereka akan mengadakan post-mortem bagi mengenal pasti apa yang boleh diperbaiki.

BN menang besar di prn melaka

Tiga Adun tarik sokongan sebelum ini tewas

9.26 malam: Tiga daripada empat Adun yang menarik sokongan terhadap kepimpinan ketua menteri dari BN pada Oktober lalu, sehingga membawa kepada PRN diadakan, tewas hari ini berdasarkan kiraan tidak rasmi.

Norhizam Hassan Baktee yang bertanding sebagai calon bebas gagal mempertahankan kerusi Pengkalan Batu apabila setakat ini hanya meraih 1,218 undi. Kerusi itu dimenangi BN dengan 4,708 undi. Bagaimanapun setakat ini pemenang di kerusi itu belum dapat dipastikan.

Bekas ketua menteri Idris Haron yang bertanding sebagai calon PKR pula kalah besar di Asahan apabila hanya meraih 1,344 undi. Calon BN Fairul Nizam Roslan, yang merupakan muka baru, menang dengan 4,816 undi.

Seorang lagi adalah Noor Azman Hassan yang bertanding di bawah tiket Amanah turut gagal mempertahankan kerusi Pantai kundor apabila meraih 2,799 undi. Kerusi itu dimenangi BN dengan 3,960 undi.

Seorang lagi wakil rakyat yang menarik sokongan iaitu Noor Effandi Ahmad pula tak bertanding kali ini.

BN menang besar di prn melaka

Rasmi: PN menang di Sungai Udang

9.12 malam: SPR memaklumkan PN menang di DUN Sungai Udang.

Sebelum ini, Sungai Udang merupakan kerusi BN iaitu penyandangnya Idris Haron – antara empat Adun yang menarik sokongan terhadap kepimpinan bekas ketua menteri.

Untuk rekod, kem tentera Terendak dan Sungai Udang telah mengundi awal pada 16 Nov lalu.

Pada pilihan raya umum 2018, BN memenangi kerusi itu dengan meraih 56.22 peratus undi.

Kawasan itu mempunyai bahagian pengundi awal terbesar di seluruh negeri, membentuk 42 peratus daripada jumlah pemilih berdaftar.

KM baru Melaka angkat sumpah esok

9.05 malam: Ketua menteri Melaka yang baru akan mengangkat sumpah esok di Dewan Seri Utama, pejabat Yang Dipertua Negeri Mohd Ali Rustam pada jam 1 tengah hari.

Jemputan untuk majlis itu telah dihantar daripada Jabatan Ketua Menteri Melaka, walaupun sebelum pengumuman rasmi pemenang pilihan raya negeri ini.

BN menang besar di prn melaka

9.05 malam: Setakat ini BN dijangka menang 21 daripada 28 kerusi DUN dalam PRN melaka.

Rata-rata penyokong yang berkumpul di pekarangan bilik gerakan BN kini bersorak kegembiraan meraikan kemenangan mereka.

Tak rasmi: BN kembali kuasai Melaka

8.55 malam: BN memenangi pilihan raya negeri Melaka dengan majoriti meyakinkan.

Pakatan Harapan (PH) pula dijangka hanya mengekalkan kira-kira separuh daripada 15 kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya umum lalu.

Perikatan Nasional (PN) pula dilihat hanya mendapat satu kerusi, selain hilang wang pertaruhan di dua kerusi.

BN menang besar di prn melaka

Calon PN masih berpeluang di Sungai Udang

8.50 malam: Keadaan bagi PN nampaknya tidak begitu baik dengan gabungan itu mungkin hilang wang pertaruhan di beberapa kerusi.

Bagaimanapun seorang calon gabungan itu, Aleef Yusof, 35, yang pertama kali bertanding masih berpeluang untuk merampas Sungai Udang daripada BN.

Ia merupakan kerusi penting memandangkan ia pernah dipegang oleh bekas ketua menteri Idris Haron, yang kini telah menyertai PH.

Selain itu, terdapat ramai pengundi tentera di kerusi DUN itu. Sungai Udang dianggap sebagai kubu kuat BN.

Berdasarkan kiraan tidak rasmi, PN meraih 47 peratus undi manakala BN dengan 40 peratus undi.

BN menang besar di prn melaka

BN perlu dua kerusi lagi untuk tawan Melaka

8.50 malam: BN hanya memerlukan dua kerusi saja lagi untuk mengambil semula kerajaan Melaka.

Bagi PH, nampaknya ia hanya akan mengekalkan sebahagian kecil daripada 15 kerusi yang dimenanginya semasa pilihan raya 2018.

Nampaknya, PN tidak bernasib baik pada PRN kali ini walaupun dijangka dapat merebut satu kerusi DUN.

BN menang besar di prn melaka

BN rampas Durian Tunggal dari Amanah

8.45 malam: BN berjaya memenangi kerusi Durian Tunggal selepas tewas kepada PH pada 2018.

Berdasarkan kiraan tidak rasmi, calon BN Zahari Abdul Khalil mendahului dengan meraih 39 peratus bahagian undi.

Penyandangnya Mohd Sofi Abdul Wahab kini mempunyai 33 peratus bahagian undi, merosot daripada 47 peratus yang diterimanya pada 2018.

Peluang cerah BN rampas Paya Rumput

8.41 malam: Berdasarkan keputusan tidak rasmi, BN berpeluang cerah untuk merampas kerusi Paya Rumput yang sebelum ini dimenangi PH pada PRU ke-14 dulu.

Setakat ini di canol BN, Rais Yasin, memperoleh 5,878 undi diikuti PH (5,649), PN (3,278), bebas (112) dan Putra (76).

PH kali ini meletakan Ketua Penerangan PKR merangkap Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Shamsul Iskandar Md Akin.

Rais merupakan anggota Majlis Kerja Tertinggi Umno.

BN menang besar di prn melaka

Sekiranya sah BN memenangi kerusi ini, ia merupakan kekalahan kedua bagi Shamsul di peringkat DUN apabila dia juga tidak bernasib baik di kerusi DUN Rim pada 2018.

MIC ketepikan DAP di Gadek

8.46 malam: MIC dilihat dalam keadaan selesa memenangi satu-satunya kerusi yang ditandingi mereka di Melaka, Gadek.

P Shanmugam yang bertanding menggunakan tiket BN dilihat bakal mengalahkan penyandang dari DAP yang mewakili Pakatan Harapan, G Saminathan, dengan perbezaan 559 undi,

Calon Bersatu yang mewakili PN, Mohd Amir Fitri Muharam, pula berada di tempat ketiga.

BN menang besar di prn melaka

PN mungkin ada harapan di Sungai Udang

8.35 malam: Nasib malang nampaknya menimpa PN, malah di sesetengah kerusi mereka mungkin kehilangan deposit.

Namun di Sungai Undang calon PN Dr Mohd Aleef Yusof (Bersatu) mungkin ada harapan menundukkan BN di situ.

Pada 2018 kerusi Sungai Udang dimenangi Idris Haron yang ketika itu menganggotai Umno-BN.

Jika PN menguasai kerusi ini, ia signifikan kerana kawasan tersebut dianggap kawasan selamat buat BN, khususnya dengan kewujudan kem tentera di situ.

Berdasarkan kiraan tidak rasmi, PN memiliki 47 peratus undi manakala BN mengekori rapat pada 40 peratus.

BN kembali tawan Machap Jaya

8.25 malam: Kerusi Machap Jaya kini kembali ke tangan BN selepas ia terlepas kepada parti lain buat kali pertama pada 2018.

Berdasarkan kiraan tidak rasmi calon BN, Ngwe Hee Sem, jauh mendahului pesaingnya, Law Bing Haw (PH) dan Tai Siong Jiul (PN).

Pada PRU lalu Machap Jaya dirampas PH melalui calonnya Ginie Lim dengan kelebihan 1,336 undi. Bagaimanapun Lim tidak dicalonkan kali ini.

Tak rasmi: Idris Haron tumpas di Asahan

8.20 malam: Bekas ketua menteri Melaka Idris Haron – yang mencetuskan pilihan raya negeri apabila menukar sokongannya- nampaknya akan dikalahkan di Asahan mengikut keputusan tidak rasmi.

Setakat ini, Idris hanya memperoleh 1,344 undi dan mengekori calon BN Fairul Nizam Roslan yang juga ketua Pemuda Umno Melaka yang meraih 3,472 undi.

B Dhanesh daripada PN pula berada di tempat kedua dengan 1,846 undi.

Tidak mungkin Idris atau Dhanesh akan dapat merapatkan jurang kiraan undi.

BN menang besar di prn melaka

BN tawan lapan kerusi, PH tiga

8.19 malam: Agensi berita Bernama melaporkan setakat jam 8.15 malam ini, BN memenangi lapan kerusi manakala PH tiga.

BN pertahan kerusi DUN Kuala Linggi

8.15 malam: Calon BN, Rosli Abdullah, yang bertanding buat kali pertama mengumpul 51 peratus undi yang dikumpulkan hari ini. Berdasarkan jumlah undi yang sudah dikira setakat ini, dia sudah boleh dianggap menang.

Pencabarnya dari PN dan PH pula berkongsi peratusan undi dengan masing-masing mendapat kira-kira 24 peratus.

Keputusan di Kuala Linggi adalah hampir sama dengan apa yang berlaku pada PRU lalu.

BN dakwa tewaskan calon ketua menteri PN

8.10 malam: Menurut papan markah pusat operasi BN di Ayer Keroh, gabungan itu berjaya mengekalkan kerusi Tanjung Bidara.

Dua pesaing utama bagi DUN Tanjung Bidara ialah Pengerusi BN Melaka Ab Rauf Yusoh dan calon ketua menteri PN Mas Ermieyati Samsudin.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Rauf berkemungkinan mengalahkan Mas Ermieyati dengan majoriti tipis.

Calon PH Zainal Hassan nampaknya akan kehilangan depositnya.

BN menang besar di prn melaka

Tak rasmi: BN menang di Merlimau pula

8 malam: Akmal Saleh yang pertama kali bertanding berjaya mengekalkan kemenangan BN di Merlimau dengan meraih 57.9 peratus undi setakat yang telah dikira.

Calon PH Azrin Abdul Baziz pula di belakang, disusuli dengan calon PN Abd Alim Shapie.

Undi yang diraih BN juga meningkat. Pada PRU lalu, gabungan itu meraih 45.4 peratus undi.

BN menang besar di prn melaka

Tak rasmi: BN, PH masing-masing menang 3 DUN setakat ini

7.55 malam: Sehingga kini, BN dan PH masing-masing telah memenangi tiga kerusi.

PH mengekalkan kerusi DAP dii Ayer Keroh, Bandar Hilir dan Kota Laksamana.

Sementara itu, BN pula mengekalkan kubu kuat Umno di Taboh Naning, Serkam dan Merlimau.

Tak rasmi: BN kekal kemenangan di Taboh Naning

7.55 petang: BN dijangka mempertahankan Taboh Naning yang merupakan kubu kuatnya.

Setakat laporan ini ditulis, BN telah meraih 2,765 undi manakala PN dan PH ketinggalan dengan 1,185 dan 773 undi.

Dijangka tinggal 1,300 undi lagi yang belum dikira dan BN telah mendahului dengan 1,580 undi.

Tak rasmi: BN kekalkan DUN Rim

7.40 malam: BN telah mengekalkan penguasaannya di DUN Rim. Berdasarkan undian yang dikira setakat ini, calon BN Khaidhirah Abu Zahar – yang membuat penampilan sulung pada PRN ini – mendahului dengan kiraan yang tidak boleh dipertikaikan.

Bagaimanapun, dia berada di landasan untuk menang dengan kurang daripada 50 peratus undian. Hanya tinggal kira-kira 880 undi untuk dikira lagi.

Lawannya daripada PN Azalina Abdurrahman mengekori jauh di tempat kedua diikuti calon PH Prasanth Kumar Brakasam.

BN menang besar di prn melaka

Tak rasmi: PH menang kerusi Bandar Hilir

7.30 malam: Calon PH Leng Chau Yen dijangka memenangi Bandar Hilir, kerusi kedua dirangkul gabungan itu pada PRN kali ini.

Ketika berita ini ditulis, Leng mendapat 7,017 undi berbanding 1,085 undi untuk calon BN Lee Kah Sean dan 518 undi untuk Clarice Chan Ming Wang dari PN.

Malaysiakini menganggarkan hanya tinggal sekitar 5,000 undi sahaja untuk dikira, ia tidak mencukupi untuk merapatkan jurang undi yang diraih PH sebanyak 5,392 undi.

Tak rasmi: Kiraan awal tunjuk BN mendahului di 3 kerusi panas

7.25 petang: BN dilihat mendahului di kerusi panas iaitu Tanjung Bidara, Asahan dan Lendu, setakat pengiraan awal.

Di Tanjung Bidara, dengan 7 daripada 23 saluran undi telah dikira, calon BN yang juga Pengerusi Umn Melaka Ab Rauf Yusoh meraih 1,157 undi manakala Ahli Parlimen Masjid Tanah yang mewakili PN, Mas Ermieyati Samsudin dengan 1,157 undi.

Calon PH Zainal Hasan hanya meraih 153 undi.

Di Asahan, dengan 13 daripada 39 saluran undi dikira, bekas pemimpin Umno yang menjadi calon PH, Idris Haron ketinggalan apabila meraih 519 undi. Calon BN mendapat 2,303 undi manakala calon PN mendapat 583 undi.

Di Lendu, setakat 10 daripada 26 saluran undi, bekas ketua menteri yang juga penyandang, Sulaiman Md Ali yang mewakili BN mendahului dengan 1,935 undi, meninggalkan calon PN (587) dan calon PH (294).

BN menang besar di prn melaka

Undi pecah beri kelebihan kepada Adly

7.25 petang: Perpecahan di Bukit Katil di mana calon ketua menteri PH Adly Zahari dalam usaha mempertahankan kemenangannya.

Adly meraih 42 peratus undi (3,901) setakat 34 daripada 59 saluran undi yang telah dikira. Jumlah itu jauh di depan berbanding calon BN Hasnoor Hussein (3,061) dan calon PN Muhammad Al Afiz Yahya (1,883 undi).

Adly merupakan ketua menteri ketika pentadbiran PH di negeri itu, sebelum ditumbangkan susulan Langkah Sheraton.

BN menang besar di prn melaka

Tak rasmi: Undi PN melonjak di kubu kuat BN di Sg Udang

7.25 malam: Perikatan Nasional kukuh mendahului di Sungai Udang, yang meletakkan kem tentera Terendak dan Sungai Udang.

Kerusi itu merupakan kerusi tradisi Umno-BN.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, PN setakat ini mengumpul 4,589 undi berbanding BN 3,508 undi. PH hanya mendapat 674 undi.

Pada pilihan raya umum 2018, BN memenangi kerusi itu dengan meraih 56.22 peratus undi.

Kawasan itu mempunyai bahagian pengundi awal terbesar di seluruh negeri, membentuk 42 peratus daripada jumlah pemilih berdaftar.

BN menang besar di prn melaka

Tak rasmi: PH rangkul kerusi pertama – Kota Laksamana

7.20 malam: Pakatan Harapan bakal memenangi kerusi Kota Laksamana, yang merupakan kubu kuat DAP.

Ketika berita ini ditulis, PH mendahului kiraan yang tidak dapat dipertikaikan dengan 10,563 undi manakala BN di tempat kedua jauh terciri dengan 1,765 undi dan PN dengan 988 undi.

Dengan mendahului 8,698 undi, unjuran Malaysiakini mendapati tidak ada lagi undi yang cukup untuk BN atau PN untuk merapatkan jurang.

Malaysiakini menganggarkan terdapat kurang daripada 6,700 undi yang masih belum dikira jika peratusan keluar mengundi bawah 70 peratus.

BN menang besar di prn melaka

Tak rasmi: Pertembungan antara BN dan PH di Machap Jaya, Pengkalan Batu

7 malam: Selain di Kelebang, BN dan PH juga bertembung dengan sengit di Machap Jaya dan Pengkalan Batu.

Di Machap Jaya, setakat 15 daripada 32 saluran, PH meraih 1,475 undi manakala BN dengan 1,440 undi. PN pula meraih 585 undi.

Di Pengkalan Batu pula, setakat tujuh daripada 48 saluran, PH mendahului dengan 708 undi dan BN dengan 534 undi. PN pula tidak jauh ketinggalan dengan 212 undi.

Calon bebas yang juga penyandang di situ, Norhizam Hassan Baktee meraih 67 undi manakala Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dengan sembilan undi.

Keputusan setakat ini menunjukkan Norhizam mempunyai peluang tipis untuk mempertahankan kerusinya.

6.30 petang – DUN Sungai Udang yang menempatkan kem tentera Terendak dan Sungai Udang merupakan medan meraih undi tentera.

Kawasan itu mempunyai peratusan pengundi awal terbesar di seluruh Melaka, iaitu 42 peratus daripada jumlah pemilih berdaftar.

Pengundi awal kebanyakannya anggota tentera dan polis serta pasangan mereka, yang mengundi pada 16 Nov.

Walaupun baru, PN membuktikan dirinya sebagai kuasa yang perlu diperhatikan.

Berdasarkan kiraan awal tidak rasmi di Sungai Udang, BN mendahului dengan 1,812 undi manakala PN mengekori dengan 1,502 undi. PH mendapat 151 undi manakala calon bebas 82 undi.

Dahulu, undi tentera dan polis dianggap sebagai simpanan tetap untuk BN.

Pengerusi PN Muhyiddin Yassin juga menunjukkan kebimbangan berhubung perkara itu, dan dalam satu video sebelum ini menggesa pengundi agar keluar mengundi.

Bagaimanapun Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu sudah dijangka.

Berdasarkan kemas kini terakhir pada empat petang tadi, jumlah keluar mengundi adalah 61 peratus. SPR akan mengumumkan peratusan terakhir namun anggaran membayangkan ia tidak akan melangkaui 70 peratus.

MK

Leave a Reply