Semasa

Bapa kpd Dua Anak yg Ditetak Sekumpulan Lelaki Angkara Berebut Kekasih, Akhirnya Mninggal Dunia

BUKIT MERTAJAM – Bapa kepada dua anak maut selepas ditetak sekumpulan lelaki dalam satu kejadian berhampiran sebuah medan selera di Kampung Baru di sini semalam.

Mangsa berusia 35 tahun itu dilaporkan meninggal dunia di Hospital Bukit Mertajam ketika menerima rawatan.

Selain itu, pemeriksaan pihak forensik di lokasi kejadian membawa kepada penemuan tiga bila parang, kayu baseball, pisau serta peralatan lain yang dipercayai digunakan untuk menyerang mangsa.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, usaha mengesan empat suspek yang terlibat sedang giat dijalankan.

”Proses bedah siasat terhadap mangsa juga telah selesai dilakukan di Hospital Bukit Mertajam hari ini.

“Kita mohon orang awam yang menyaksikan kejadian untuk tampil membantu siasatan atau menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Ahmad Shahir Adnan di talian 019 951 7045 atau 04 538 2222,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

▶️MalaysiaGazette

Leave a Reply